Friday, January 29, 2010

ASTAKA UJIAN TILAWAH ALQURAN PERINGKAT DAERAH SAMARAHAN


Ujian tilawah Alquran peringkat daerah samarahan 2008 telah diadakan di Masjid Darul Ihsan Kpg Pengkalan Kuap.

Friday, August 21, 2009

RUMAH PPRT DI SARAWAK

Dalam kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar dikalangan rakyat Malaysia saya berpendapat kontraktor kontraktor yang telah diberi tanggungjawab untuk membina rumah PPRT tersebut lah yang mendapat keuntungan berlipat ganda.

Mengapa saya berani berkata sedemikian rupa .....sebabnya ada dikalangan kontraktor yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan. Mereka mereka ini tidak menjalankan kerja seperti diamanahkan kepada mereka.

Perkara sebegini tidak kita bolih salahkan kontraktor seratus peratus. Sekiranya nya ada pihak yang diamanahkan untuk membuat pemantauan tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. Yang menjadi mangsa keadaan adalah orang miskin yang menerima bantuan PPRT. Jarang jarang kita melihat pegawai pegawai Kerajaan turun padang untuk melihat sendiri projek yang dijalankan.

Ekoran dari itu setiap seorang dari kontraktor yang mendapat amanah untuk membuat rumah untuk rakyat miskin tegar telah berani menyeleweng. Contohnya Kontraktor A dapat tender membuat rumah PPRT dan Kontraktor B pun demikian. Apabila rumah rumah itu siap kualiti rumah didapati berlainan. Jadi dalam perkara sebegini pihak siapa yang patut dipersalahkan ?

Ini terjadi dimana mana kampung dan desa di pendalaman sarawak. Saya mengucapkan syabas kepada pihak kerajaan yang telah meluluskan projek projek perumahan untuk penduduk yang miskin tegar. Tapi apa yang saya nak pertikaikan ialah agen pemaju serta agen pemantauan.
Dari itu saya berharap orang orang miskin yang mendapat projek tersebut tidak menjadi mangsa keadaan olih kontraktor2 ataupun pihak pemantauan.

Monday, September 8, 2008



Dunia akhir akhir ini semakin kalut.....apatah lagi kehidupan harian manusia sekarang yang hanya pentingkan kebendaan dan lupa akan bekalan akhirat.